Rabu, 17 Ogos 2011

PENJENAMAAN DPP BSN



7 OGOS 2011/17 RAMADAN 1432H
==============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Muhammad Mustakim Ramli
Gambar oleh: Shamsaimi Ezil


UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mempunyai sebuah lagi Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang dinamakan dengan nama korporat iaitu DPP Bank Simpanan Nasional (BSN) selepas kesudian BSN menaja penginapan pelajar di universiti ini.
Penjenamaan DPP BSN ini berlaku selepas satu Majlis Menandatangani Perjanjian (MoA) telah diadakan baru-baru ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur yang  telah memberi makna yang besar kepada UUM dan BSN kerana kesudian institusi perbankan ini menaburkan bakti demi melahirkan generasi minda kelas pertama di negara ini.

Dalam majlis berkenaan, BSN telah berbesar hati menyumbang penajaan RM300 ribu untuk membolehkan UUM terus memberi khidmat yang terbaik kepada pelajar di samping dapat memainkan peranan BSN sendiri dalam membangunkan sahsiah pelajar serta menjalankan tanggungjawab sosial terhadap golongan mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin negara.

Menerusi MoA ini, hubungan UUM dan BSN yang sudah terjalin akan menjadi lebih erat terutama dalam Program Pembangunan Keusahawanan kerana perjanjian ini membolehkan UUM membangunkan  aktiviti perkembangan  ilmu serta membuka peluang kepada pelajar menyertai institusi perbankan melalui Program Latihan Praktikal di BSN seluruh negara.

Selain itu, aspek penyelidikan, perundingan penempatan industri serta program akademik yang lain akan turut diberi penekanan untuk mencapai matlamat serta memberi manafaat yang besar kepada kedua-dua pihak.
Selain daripada DPP BSN, UUM juga mempunyai beberapa nama-nama korporat lain yang menaja tempat penginapan pelajar di dalam kampus ini iaitu, DPP Bank Rakyat, SME Bank, MAS, EON, Proton, TNB, Petronas, Yayasan Albukhary, Bank Muamalat, Telekom Malaysia (TM), MISC, Maybank, Sime Darby dan DPP Tradewinds. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hadith Pilihan