Pengenalan



Dewan Penginapan Pelajar ( DPP ) BSN merupakan kolej ke lapan dari 16 buah kolej yang terdapat di UUM. DPP ini mempunyai 6 buah blok yang dapat menampung 750 mahasiswa dalam satu – satu masa.

Dahulunya dikenali dengan nama DPP Perwaja sempena sumbangan daripada salah sebuah konglomerat tanah air di awal penubuhannya.

 DPP BSN yang terdiri daripada enam blok yang mana empat daripadanya diperuntukkan kepada mahasiswi. DPP BSN cukup sinonim dengan gelaran PALAPES yakni sebahagian dari residennya merupakan ahli-ahli PALAPES darat, laut dan udara. 

Dengan disiplin dan semangat yang tinggi, DPP BSN beriltizam menjadi sebuah DPP yang disegani dan dihormati oleh DPP lain waima dalam bidang ko-kurikulum mahupun akademik. 






Lantas, dalam usaha membuktikan nekadnya, DPP BSN dari semasa ke semasa menganjurkan pelbagai program dan aktiviti dalam pelbagai aspek seperti kerohanian, kesukanan, kebudayaan dan kesenian, keusahawanan dan sebagainya, bertujuan untuk membentuk dan mebangunkan sahsiah residennya.

Hadith Pilihan