Rabu, 15 Jun 2011

100 pelajar sertai Kem Bijak Taha


SINTOK -  Lebih 100 pelajar sekolah menengah di Kedah dan Perlis menyertai Kem Bijak
Taha anjuran Lembaga Tabung Haji dan Berita Harian mulai kelmarin hingga hari ini di Kolej Kediaman Perwaja Universiti Utara Malaysia UUM di sini.
Ketua Unit Pembangunan Perniagaan Jabatan Pengedaran The New Straits Times Press NSTP, Salmah Hanim Hares berkata peserta meliputi pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Katanya pengisian program tiga hari itu ceramah kaunseling, taaruf solat Dhuha dan kuliah agama selepas menunaikan solat.

Katanya peserta juga menyertai kegiatan lasak merempuh halangan, meredah hutan, mendaki puncak bukit Vista di UUM dan persembahan berkumpülan.
Majlis penutupan program Kem Bijak Taha di ÜÜM disempurnakan oleh Timbalan Pengarah TH Kedah Saimi Md Som di Pusat Islam UUM.
Pegawai Kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik, Norizan Isa berkata program Taha memberi motivasi kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hadith Pilihan