Isnin, 28 Mac 2011

PALAPES BUKAN HALANGAN UNTUK AKTIVITI KESENIAN


Oleh: Biro Penerbitan dan Informasi DPP Perwaja
Gambar oleh: Mohamad Reza Atiq Bin Abd Jalil




PERWAJA ONLINE: Walaupun DPP Perwaja mempunyai sebilangan besar pelajar yang berlatarbelakang PALAPES UUM, namun ia bukan menjadi penghalang kepada 4 orang pelajar Perwaja untuk meraih kejayaan dalam bidang seni tarian apabila berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori Tarian India sempena UUM Cultural Festival (UCF) malam tadi. 

“Komitmen dari rakan-rakan yang sanggup tidur lewat sehingga 5.00 pagi amatlah dihargai”,ujar Nor Asrena Bt. Mohd Zain ketika ditemui selepas Majlis Penutup UCF.

Beliau bersama-sama 3 rakan yang lain iaitu Norfatin Yusmi, Zuraini Suwano dan Zuhaira Zahari telah menunjukan semangat yang tinggi apabila berani mencuba nasib untuk menyertai tarian india yang lazimnya disertai oleh pelajar India sahaja.

Dalam UCF kali ini,  pasukan tarian ini juga berjaya mengondol Anugerah Pereka Tari Terbaik (Kategori Tarian India) dan Persembahan Terbaik Nyanyian Irama Malaysia dalam Kategori Perempuan.

Menurut Exco Kesenian dan Kebudayaan Perwaja, Muhammad Izaham b. Mohd Zin berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian pasukan tarian Perwaja dalam UCF kali ini dan mengharapkan lebih ramai penyertaan daripada kalangan pelajar DPP selepas ini.

Shamsul Anuar Alias pula yang mewakili Majlis Tertinggi Perwaja mengharapkan lebih banyak aktiviti-aktiviti kesenian diadakan dan pihak kolej dapat menambah beberapa aksesori tambahan seperti busana untuk mengalakkan lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.

UCF yang dianjurkan selama 5 hari berakhir semalam dan Majlis Perasmian Penutup telahpun disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid.

Turut hadir Pengarah Hal Ehwal Pelajar Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar Haji Mohd Harif,Timbalan Pendaftar, En. Zaini Nasri dan barisan Pengetua-pengetua DPP.

Habis

3 ulasan:

Hadith Pilihan