Khamis, 24 Mac 2011

PERWAJA RANGKUL ANUGERAH PEREKA TARI TERBAIK


Barisan pelajar Perwaja yang turut sama memberikan sokongan.

PERWAJA ONLINE: DPP Perwaja berjaya merangkul Anugerah Pereka Tari Terbaik dalam kategori Tarian India  sempena  UUM Cultural Festival yang berlangsung selama 5 hari di Dataran Budaya, Pusat Budaya dan Seni UUM semalam.
Menurut Aszrena Mohd Zain salah seorang penari yang terlibat, mereka tidak menyangka bahawa berjaya memenangi anugerah berkenaan kerana terpaksa bersaing dengan DPP lain yang tidak kurang hebatnya.
Beliau bersama rakan-rakan yang lain telah membuat latihan setiap malam sebelum pertandingan bagi memastikan semuanya berjalan dengan sebaiknya.
Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan semasa sesi latihan sehingga pada pertandingan semalam.,” memetik kata-katanya didalam facebook beliau.

Menurutnya lagi, keputusan Tarian terbaik bagi semua kategori iaitu Melayu dan India akan diumumkan pada pada Majlis Penutup UUM Cultural Festival pada (UCF) pada 27 Mac 2011 ini.

Habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hadith Pilihan