Isnin, 25 Mac 2013


MAHASISWA SEDAR ISU PEMANASAN GLOBAL



Oleh : Nurul Hanis Abd Halim

Gambar Oleh: Shamsaimi Ezil


UUM ONLINE: Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) kini sedar mengenai isu pemanasan global dengan menyokong Kempen Earth Hour sempena Hari Bumi pada 23 Mac yang lalu.
 
Presiden Dewan Penginapan Pelajar Bank Simpanan Nasional (DPP BSN), Muhammad Zunnurin Zohri berkata kempen tersebut diadakan bagi mendidik mahasiswa tentang ancaman perubahan iklim dunia serta akibatnya.

Katanya, kempen yang berlangsung selama satu jam ini juga menunjukkan sokongan mahasiswa terhadap kempen sayangkan bumi di samping memupuk amalan berjimat cermat dalam penggunaan elektrik.

“Warga kampus menyambut baik saranan Earth Hour. Walaupun bumi bergelap selama satu jam, kami masih mampu mengulangkaji pelajaran berbekalkan cahaya lilin”, ujarnya.

Syahirah Fatin Mohd Zamri, pelajar tahun akhir Program Ekonomi pula berkata perkara ini adalah sebagai tanda sokongan moral mahasiswa kepada dunia untuk melindungi bumi dari terus dicemari.

Sementara itu Earth Hour disambut setiap tahun semenjak tahun 2007 di seluruh dunia sebagai acara tahunan di mana kesemua negara dan institusi yang terlibat akan menghentikan penggunaan elektrik selama sejam untuk memberi kesedaran tentang isu pemanasan global ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hadith Pilihan